5,566 kes positif Covid-19 hari ini

0
1
grafik

Nilam Oshman

KES baharu Covid-19 hari ini mencatatkan sedikit peningkatan iaitu 5,566 berbanding 5,271 kes, semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara kini adalah 627,652.

Selangor kekal mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 1,524 kes baharu diikuti Sarawak (707), Negeri Sembilan (505), Kuala Lumpur (466) dan Johor (456).

Sementara, Sabah (350), Melaka (314), Perak (225) dan Kelantan (204).

Manakala, Labuan (191) Pulau Pinang (185), Pahang (157), Kedah (148), Terengganu (106) Putrajaya (27), dan Perlis satu kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here