98 kru KD Mahawangsa positif Covid-19

0
1

KEMENTERIAN Pertahanan mengesahkan 98 kru Kapal Diraja (KD) Mahawangsa positif Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua kru berkenaan menjalani ujian RTK Antigen Covid-19 sebelum menaiki kapal tersebut dan didapati negatif, lapor Bernama.

“Selepas berada beberapa hari di dalam kapal mereka didapati positif, setakat ini semua kru terbabit tidak mengalami sebarang simptom dan mereka sudah diasingkan dan menjalani kuarantin.

“Insya-Allah selepas 10 hari mereka akan menjalani ujian PCR dan jika negatif mereka akan dibenarkan keluar,” katanya selepas tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihaknya belum dapat memastikan bagaimana kru kapal berkenaan dijangkiti Covid-19.

“Seperti kita tahu, Covid-19 kini berada dalam komuniti, anak kapal ini dijangkiti virus berkenaan sebelum pergi belayar, mungkin ketika mereka berada di rumah atau ketika membeli barang di kedai,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here