LZS lancar Skuad VOTG bantu program vaksinasi

0
1

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam menyediakan pengangkutan khas, khusus bagi merealisasikan program Skuad ‘Vaccine On The Go’ (VOTG).

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan majlis pelancaran dan pelepasan Skuad VOTG di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.

Tiga kenderaan pelbagai guna (MPV) LZS diaktifkan sebagai kenderaan Skuad VOTG bagi membawa petugas kesihatan menyampaikan perkhidmatan pemberian vaksin kepada 265 buah Pusat Jagaan Warga Emas dan orang kurang upaya (OKU) di seluruh Selangor bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop, berkata penggunaan kenderaan LZS itu adalah inisiatif khidmat masyarakat LZS bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Ia merupakan sumbangan LZS untuk sama-sama membantu menangani keperluan kritikal dalam usaha memberi vaksin kepada masyarakat.

“Lebih ramai rakyat Selangor divaksinasi dengan segera, maka lebih cepat kita dapat mencapai matlamat imuniti kelompok seterusnya dapat melawan pandemik Covid-19 ini dan kembali ke norma biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here