SOP PKP: 187 pemeriksaan, 43 kompaun, 29 notis tutup atas premis dan kilang

0
1
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media ketika melawat Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan Wangsa Maju hari ini. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

SEBANYAK 187 operasi pemeriksaan, 43 dikompaun serta 29 notis tutup premis telah dikeluarkan Pasukan Petugas Khas Covid-19 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sejak 1 Jun lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia hasil daripada pemantauan dan aktiviti penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 di premis kilang-kilang di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah mengeluarkan sebanyak 41 kompaun bermula 1 Jun 2021 ke atas premis perniagaan yang gagal mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan.

“Seramai 2,262 penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara telah digerakkan sejak 1 Jun lalu, untuk memastikan pematuhan sepenuhnya SOP di semua premis perniagaan peruncitan, pemborongan, pengedaran dan restoran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan akan sentiasa meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap pematuhan SOP dari semasa ke semasa dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang melanggar peraturan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here