Harga minyak masak naik, kerajaan jangan berdiam diri – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu kerjaaan Perikatan Nasional (PN) tidak hanya berdiam diri susulan kenaikan mendadak harga minyak masak di pasaran ketika ini.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi dan meringankan beban rakyat yang terkesan ketika ini.

“Jadi, apakah langkah kerajaan PN untuk melindungi dan meringkan beban Rakyat? Jangan berdiam diri sahaja. Ambil lah langkah yang sewajarnya.

“Ataupun dulu korang hanya tahu kecam dan salahkan saya dengan air liur sahaja?,” katanya dalam hantaran Facebook.

Najib berkata, ketika beliau menjadi Perdana Menteri, Kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah mengambil langkah menambah jumlah bekalan dan memperluaskan penjualan minyak sawit paket 1 kilogram (kg) bersubsidi ke lebih banyak kedai runcit dan pasar raya,

Menurutnya, pada 2016, harga minyak masak Malaysia pernah naik buat kali pertama dalam tempoh sedekad apabila harga minyak sawit dunia melonjak dan kerajaan BN mengambil langkah untuk hadkan subsidi kepada paket 1kg.

Jelas beliau, ia bagi melawan dan membanteras penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran yang semakin rancak ketika itu akibat perbezaan harga yang amat tinggi dan merugikan negara.

“Oleh itu, harga minyak masak yang tidak diberi subsidi pada masa itu naik kerana mengikut harga pasaran.

“Langkah itu telah membangkitkan kemarahan ramai pada masa itu dan Pakatan Harapan (termasuk mereka yang dalam kerajaan PN sekarang) mengambil kesempatan penuh untuk mempergunakan isu ini untuk kecam saya dan salahkan GST.

“Demi melindungi Rakyat masa itu, kerajaan BN mengambil langkah untuk menambah jumlah bekalan dan memperluaskan penjualan minyak sawit paket 1 kg bersubsidi ke lebih banyak kedai runcit dan pasar raya,” katanya.

Najib berkata, kini harga minyak masak melonjak lagi dahsyat berbanding tahun 2016 dan peluang bagi penyeludupan amat kecil setelah sempadan negara ditutup ketat akibat pandemik dan GST sudah dimansuhkan lebih tiga tahun.

Semalam, terdapat rungutan pengguna bahawa harga minyak sawit 5 kg naik di antara RM30 hingga RM32.70 sebotol berbanding RM25.90 hingga RM28 sebelum ini.

Sehubungan itu, pengguna mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut memantau harga minyak masak botol, bukan hanya minyak masak paket satu kg. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/06/06/menggigil-lihat-harga-minyak-masak-botol-naik/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here