Pemberian vaksin untuk petugas media mula Rabu ini – KJ

0
3

PEMBERIAN suntikan vaksin Covid-19 kepada petugas media dijangka akan bermula Rabu ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, tarikh temu janji bagi suntikan dos pertama akan mula diberikan pada hari ini, lapor Malaysiagazette.

“Ada yang akan terima temu janji hari ini, pemberian vaksin akan bermula Rabu ini,” katanya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, jumlah keseluruhan petugas media yang dijangka menerima vaksin Covid-19 masih belum dimuktamadkan.

Khairy sebelum ini memaklumkan lebih 5,000 pengamal media daripada 144 agensi akan mendapat janji temu suntikan vaksin Covid-19 bermula minggu pertama Julai.

Katanya, beliau telah memberikan kelulusan untuk petugas media menerima vaksin secepat mungkin.

Semalam, Kelab Media Putrajaya (KMP) menerusi kenyataan berharap Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan kerajaan dapat menyegerakan pemberian vaksin kepada petugas media.

Menurut KMP, vaksinasi segera itu bagi membolehkan petugas media terus berbakti menyalurkan maklumat serta membawa agenda kerajaan untuk negara mencapai imuniti kelompok sebelum hujung tahun ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here