
HAD masa pelanggan untuk membeli-belah di premis peruncitan telah ditangguhkan, kata Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat pada 28 Mei lalu kerana tidak mahu orang ramai bergegas ke premis dengan had masa dua jam apabila lockdown diumumkan.
“Bagaimanapun, kita menasihati orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan dan segera meninggalkan premis, dengan lebih banyak masa berada di rumah,” katanya dipetik dari The Star, hari ini
Pada 24 Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwah Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelanggan hanya dibenar berada di premis peruncitan maksimum dua jam sahaja, di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan. – Malaysiapost
