‘Test drive’: Polis siasat MB Kedah

0
8

POLIS akan memanggil Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor susulan dakwaan beliau melakukan pandu uji kenderaan (test drive) di Juru Autocity, Juru, semalam.

Ia susulan beberapa gambar menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu memandu uji sebuah kenderaan tular di media sosial.

“Kita akan panggil beliau serta pemilik pusat pameran berkenaan untuk siasatan lanjut,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, lapor Malaysia Gazette hari ini.

Shafee berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan/ Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.

Semalam tular beberapa gambar mendakwa Sanusi berada di sebuah pusat pameran kereta di Juru Autocity.

Berdasarkan hantaran dimuat naik pemilik Facebook, Nini Sirom, menunjukkan Sanusi bersama individu dipercayai pekerja pusat pameran itu melakukan pandu uji sebuah pacuan empat roda jenis Ford.

Mengikut hantaran tersebut, pengguna akaun Facebook tersebut menegur tindakan terbabit kerana memandu uji kenderaan ketika sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here