PdPR untuk tempoh 25 hari persekolahan – KPM

0
1

SESI persekolahan selepas tamat cuti pertengahan tahun akan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama tempoh 25 hari persekolahan. 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata mengambil kira situasi semasa Kementerian Pendidikan (KPM) membuat ketetapan bahawa tempoh 25 hari persekolahan selepas ini akan laksanakan PdPR. 

Menurutnya, pada waktu ini sekolah sedang dalam cuti pertengahan tahun dan sesi persekolahan berikutnya mengikut takwim akan bermula pada 13 Jun untuk negeri kumpulan A dan 14 Jun untuk kumpulan B. 

“Kemudian murid akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran selama 25 hari sehinggalah kepada cuti berikutnya iaitu cuti pertengahan penggal yang bermula 16 Julai bagi negeri kumpulan A dan 17 Julai bagi negeri kumpulan B. 

“Daripada bermula cuti pertengahan penggal sehingga 25 Julai untuk negeri kumpulan A dan 26 Julai kumpulan B. 

“Jadi itulah takwim atau jadual penggal persekolahan yang ada dan berkuatkuasa hari ini,” katanya dalam sidang media hari ini. 

Beliau berkata, berdasarkan takwim itu sesi persekolahan akan dilaksanakan melalui PdPR dan ketetapan itu juga digunapakai untuk semua sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat. 

“Ini bermakna semua sekolah berkenaan yang berdaftar dengan KPM perlu melaksanakan PdPR sepanjang tempoh ini berdasarkan takwim masing-masing,” katanya. 

Menurutnya, selepas berakhirnya sesi cuti pertengahan penggal itu pula, KPM akan memaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum persekolahan bermula tentang apakah perkembangan selanjutnya berdasarkan situasi semasa. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here