Siapa suruh gantung demokrasi – Najib

0
1
Kredit FB

SIAPA suruh buat darurat untuk gantung demokrasi sehingga pelabur tak masuk dan hasil kerajaan semakin berkurang, kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam yang mengaku pakej bantuan PERMERKASA+ sedikit sahaja kerana kerajaan tiada duit selepas hasil turun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Malaysia satu-satunya sahaja di dunia yang buat darurat untuk gantung demokrasi dengan alasan nak lawan Covid.

“Paling gagal ialah dengan kuasa penuh darurat dan kuasa berbelanja sesuka hati selama lima bulan, keadaan Covid menjadi 6 kali lebih parah.

“Siapa suruh korang (kerajaan) tak buat PKP 2.0 dengan lockdown betul-betul seperti didesak saya berulang-kali semasa kerajaan masih ada duit dan rakyat masih terima duit i-Sinar dan i-Lestari?,” kata bekas Perdana Menteri itu menerusi hantaran di Facebook.

Najib berkata adakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak nampak negara-negara lain yang tegas dengan ‘lockdown’ seperti Australia dan China “booming” ketika ini namun Malaysia pula kena “ikat perut”.

Katanya lagi, Tengku Zafrul juga menyatakan hasil kerajaan turun sebab cukai barang dan perkhidmatan (GST) sudah tiada, maka ruang untuk membantu rakyat pada masa terdesak menjadi sempit.

“Eh.. siapakah individu-individu yang beria-ria turun ke jalan raya untuk menipu rakyat yang akhirnya mansuhkan GST?

“Mereka sudah jadi ketua-ketua kerajaan PN sekarang, kan?

“Akhirnya, Guan En…. maaf., Tengku Zafrul kata kerajaan tak ada duit sebab kena bayar hutang 1MDB sebanyak RM40 bilion,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah paling pelik ialah hutang 1MDB turun semula ke RM40b selepas Tengku Zafrul kata RM50b beberapa hari dulu walaupun ia sebenarnya RM32.2 bilion.

“Tapi, wang RM35.3 bilion setakat ini yang dikembalikan berkait 1MDB, kamu tak nak sebut?

“Kenapa pula tak guna dana RM35.3 bilion diterima setakat ini sahaja untuk melangsaikan sepenuhnya hutang RM32.2 bilion 1MDB dengan serta-merta supaya alasan ini tidak boleh lagi digunakan pada masa depan?,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Najib Razak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here