KPM analisa keadaan semasa untuk takwim persekolahan 2022

0
1
Pelajar tingkatan 5 hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri sebagai permulaan sekolah hari ini. Pelajar calon peperiksaan utama 2020 memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

KERAJAAN akan umumkan takwim bagi sesi persekolahan 2022 selepas melaksanakan analisa secara mendalam berdasarkan situasi Covid-19.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata antara cabaran utama Kementerian Pendidikan (KPM) ketika ini adalah dalam menetapkan takwim persekolahan jika pandemik Covid-19 berterusan hingga 2022.

“Tiada siapa pun antara kita, bukan sahaja KPM bahkan seluruh dunia tahu bagaimana ‘perangai’ Covid-19 ini dan kita belajar mengenainya dari semasa ke semasa.

“Sebab itu apa yang kita laksanakan, kita melakukan susunan perancangan mengikut keadaan semasa,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, KPM akan mengumumkan takwim persekolahan 2022 apabila sudah membuat analisa mendalam dengan mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku.

Menjawab soalan mengenai proses yang akan dilaksanakan jika Covid-19 semakin baik dan murid kembali dibenarkan menjalani pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, beliau berkata ia akan mengikut keutamaan murid.

“Sekiranya kita membuat keputusan untuk murid kembali ke sekolah. Maka murid yang akan menduduki peperiksaan akan ke sekolah terlebih dahulu.

“Ikut susunan keutamaan, murid yang di kelas peperiksaan akan kembali ke sekolah secara bersemuka terlebih dahulu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here