Hishammuddin tidak hadir Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China

0
1

MENTERI Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akan mengetuai deligasi Malaysia ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China di Chongqing, China esok.

Ini kerana Hishammuddin hari ini mengesahkan beliau telah dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai kontak rapat kepada individu yang disahkan positif Covid-19.

“Walaupun kedua-dua ujian PCR (Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction) saya negatif, namun saya tetap akan jalani kuarantin wajib seperti diarahkan KKM,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, Hishammuddin berkata timbalannya, Datuk Kamarudin Jaffar akan menggantikannya untuk mengetuai Delegasi Malaysia ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China di Chongqing.

Beliau berkata, lawatan kerjanya ke Mesir, Kuwait dan Qatar juga ditangguhkan.

Semalam Wisma Putra memaklumkan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China adalah jemputan Menteri Luar China, Wang Yi, sempena ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog Asean-China.

Semua Menteri Luar serta Setiausaha Agung ASEAN dijangka akan hadir.

Wisma Putra memaklumkan, mesyuarat khas itu akan membincangkan pelbagai isu terutama usaha menangani penularan wabak Covid-19, selain isu serantau dan antarabangsa.

Menurut kenyataan itu, Hishammuddin turut akan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Wang Yi bagi membincang kerjasama dua negara serta beberapa isu berbangkit termasuk situasi di Laut China Selatan susulan pencerobohan ruang udara negara oleh 16 pesawat tentera udara China. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here