Lebih 70,000 guru sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin

0
1
Petugas KKM menunjuk cara menyuntik jarum ke botol vaksin AstraZaneca di PWTC.

LEBIH 70,000 guru di seluruh Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pihaknya juga sedang berusaha supaya lebih ramai guru dapat divaksinasi dalam tempoh terdekat terutama sepanjang penutupan sekolah ketika ini.

“Status vaksinasi untuk guru, buat masa ini saya dimaklumkan lebih 70,000 guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

“Dalam tempoh sekolah tidak dibuka sehingga akhir Julai, saya telah berbincang dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin untuk mengusahakan supaya dapat meningkatkan imunisasi terhadap guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya dalam sidang media hari ini.

Sebelum ini, Khairy memaklumkan kira-kira 500,000 guru di sektor awam dan swasta seluruh negara akan diberi keutamaan dalam PICK fasa kedua.

Bagaimanapun katanya, pemberian vaksin kepada golongan pendidik itu turut bergantung kepada jumlah bekalan semasa vaksin Covid-19 di Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here