Penumpang LRT disaran lakukan ujian saringan Covid-19 – Rapid KL

0
1
Logo rapidKL oleh Malaysiapost

Penumpang perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) pada waktu puncak pagi dan petang 1 Jun lalu dan waktu puncak petang 3 Jun lalu, disaran menjalani ujian saringan kesihatan susulan seorang penumpang disahkan positif Covid-19.

Saranan itu dibuat pihak Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini susulan pengakuan penumpang LRT berkenaan.

Menurutnya, penumpang berkenaan dikenali sebagai Nur Anis, disahkan positif pada lewat petang 3 Jun lalu dan telah memaklumkan kepada Unit Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL.

“Penumpang itu telah memaklumkan perkara berkenaan dengan memberi butiran berikut tentang perjalanan beliau pada kedua-dua hari berkenaan.

“Dalam mesej beliau, Nur Anis, yang menyertakan paparan skrin MySejahtera untuk pengesahkan perjalanan beliau, turut memohon maaf atas segala kesulitan yang berbangkit,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataannya, Rapid KL turut mengingatkan mereka yang sudah menjalani ujian saringan atau calit diingatkan supaya mengasingkan diri daripada orang lain sehingga mendapat keputusan mengesahkan negatif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here