Kes Covid-19 menurun 3 hari berturut-turut

0
1
grafik

JUMLAH kes harian Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan dengan kes dilaporkan hari ini sebanyak 7,452 kes berbanding 7,748 kes semalam.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya hari ini, menunjukkan kes harian Covid-19 menurun bagi tempoh tiga hari berturut-turut sejak 3 Jun lalu.

Data itu menunjukkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia setakat ini adalah 610,574 kes.

Selangor masih merekodkan jangkitan harian tertinggi dengan 2,509 kes (199,968 kes kumulatif), diikuti Negeri Sembilan 843 kes (29,416 kes kumulatif) dan Kuala Lumpur 678 kes (62,502 kes kumulatif).

Sarawak pula mencatatkan 651 kes (50,571 kes kumulatif), Johor 412 kes (60,978 kes kumulatif), Pulau Pinang 370 kes (30,482 kes kumulatif) dan Kelantan 312 kes (29,872 kes kumulatif).

Pahang mencatatkan kes harian baharu 286 kes (10,571 kes kumulatif), diikuti Kedah 263 kes (20,327 kes kumulatif), Sabah 259 kes (63,565 kes kumulatif), Perak 252 kes (22,252 kes kumulatif) dan Melaka 206 kes (13,306 kes kumulatif).

Sementara itu, Labuan merekodkan 205 kes (4,540 kes kumulatif), manakala Terengganu 190 kes (9,713 kes kumulatif), Putrajaya 12 kes (1,976 kes kumulatif) dan Perlis mencatatkan empat kes baharu (535 kes kumulatif). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here