“Saya nak pulang, sebab itu tutup pintu” – Ismail Sabri

0
1

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan hantaran Facebooknya semalam berserta sekeping foto sedang menutup pintu di pejabatnya dibuat kerana beliau sudah selesai kerja.

“Saya nak pulang (sudah habis kerja), sebab itu tutup pintu.” jelasnya pada sidang media secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular Covid-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai hantaran Facebooknya semalam, yang mencetuskan spekulasi serta mengundang pertanyaan banyak pihak.

Dalam hantaran itu, Ismail Sabri seolah-olah memberi gambaran beliau berdepan kesukaran dalam usaha memastikan sekatan pergerakan penuh atau total lockdown dikuatkuasakan sebaiknya.

“Saya dah tutup pintu depan tapi…….,” tulisnya sambil memuatnaik sekeping foto beliau sedang menutup pintu di pejabatnya.

Hantaran yang mendapat lebih 75,000 tanda ‘like’ dengan lebih 13,000 perkongsian serta 17,000 komen itu turut mengundang perdebatan warga maya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/06/02/saya-dah-tutup-pintu-depan-tapi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here