Kilang bukan ‘essential service’ beroperasi, Pemuda Umno terima 400 aduan

0
2

PEMUDA Umno memaklumkan pihaknya menerima lebih 400 aduan dari rakyat berhubung kilang yang bukan dalam kategori perkhidmatan perlu beroperasi ketika pelaksanaan ‘total lockdown’

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tindakan lanjut.

“Saya sudah hubungi Menteri Kanan Pertahanan memaklumkan lebih 400 aduan rakyat yang kami Pemuda Umno terima mengenai kilang-kilang bukan ESSENTIAL yang beroperasi.

“Majlis Keselamatan Negara akan segera menyiasat dan bertindak,” tulisnya ringkas di Facebook.

Sebelum ini, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati apabila banyak kilang yang tidak berkaitan dengan perkhidmatan perlu (essential services) dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan pergerakan penuh atau total lockdown bermula 1 Jun lalu.

Keadaan itu sekali gus didakwa akan menyebabkan usaha mengekang penularan Covid-19 akan gagal dan terus membebankan petugas barisan hadapan

Malah, laman Facebook Mohamed Azmin dengan hantaran beserta gambar ventilator yang mengaitkan sejumlah sektor pembuatan dibanjiri kecaman netizen yang tidak berpuas hari dengan perkara berkenaan.

Susulan itu Asyraf Wajdi yang meminta Mohamed Azmin memberi penjelasan secara terbuka beberapa isu yang timbul tentang sektor ekonomi supaya semuanya tidak dibebankan kepada Menteri Kanan (Keselamatan) sahaja. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here