‘Dia cemburu dengan Ismail Sabri’ – Nazri sindir Azmin

0
1

“SEBENARNYA dia ni cemburu dengan Ismail Sabri, cemburu dan gila kuasa,” sindir Datuk Seri Nazri Aziz.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu menyindir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali susulan suasana ‘kelam kabut’ yang tercetus sejak bermulanya ‘total lockdown’ Selasa lalu.

“Dia nampak antara menteri kanan dan dia yang paling kanan, tetapi Ismail Sabri yang paling menonjol dan mendekati rakyat. Itu sebab dia cemburu.

“Dan sebab itu dia minta pada Muhyiddin supaya diletakkan di bawah MITI. Nak bolot semua macam gila kuasa. Memang gila kuasalah sampai semua nak mohon permit dengan MITI,” katanya kepada Malaysiapost, hari ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, Mohamed Azmin dilihat cuba mencari ‘kerja’ lain susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini yang mengekangnya menjalankan tanggungjawab tugas MITI yang sebenar.

“Dia hari tu dah kena bantai dengan Rafidah sebab bawa pelaburan yang dikatakan selektif. Jadi sebab pandemik ni dia tak ada kerja. Itu sebab dia nak bolot semua kerja diletakkan di bawah MITI. Ini gila,” katanya.

Ditanya sama ada Mohamed Azmin perlu tampil untuk memberi penjelasan susulan kejadian suasana ‘kelam kabut’ ini, Nazri berkata, perkara itu mungkin tidak akan terjadi.

“Dia berani ke nak bercakap sekarang? Dia tak berani lah, semua menteri dalam kerajaan PN pun sekarang tak berani melainkan Ismail Sabri. Takut kena kecam dengan rakyat.

“Jadi janganlah harap Azmin nak buat sidang media atau nak bersuara bagi penjelasan, dia takut,” kata Nazri.

Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan surat kebenaran beroperasi sepanjang total lockdown 14 hari perlu dipohon kelulusan melalui kementerian yang berkaitan.

Namun tidak sampai 24 jam, MITI pula mengumumkan semua sektor yang ingin beroperasi mesti mendapat surat kebenaran daripada kementerian itu.

MITI dalam kenyataan semalam berkata, surat kebenaran beroperasi bagi sektor-sektor ekonomi perlu yang dibenarkan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 hingga 14 Jun ini perlu dimohon melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselia kementerian itu.

Sehubungan itu sektor-sektor ekonomi berkenaan boleh mengakses portal CIMS 3.0 untuk mendapat surat kelulusan beroperasi sekiranya belum menerima kelulusan untuk beroperasi, melalui pautan notification.miti.gov.my.

Turut disenaraikan adalah komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja); e-dagang dan teknologi maklumat; pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir; dan pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memohon pihak MKN menilai secara terperinci semua syarikat dan kilang yang mendapat kelulusan MITI susulan dilaporkan 95,142 syarikat telah diluluskan untuk beroperasi sepanjang ‘total lockdown’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here