Polis beri 3 hari dapatkan surat kebenaran MITI

0
1
jalan raya sjr sekatan

ORANG awam dan syarikat diberi tempoh tiga hari bermula hari ini hingga Khamis bagi mendapatkan surat terkini daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ia bertujuan untuk kebenaran bekerja serta beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata ketika ini pihaknya memberi kelonggaran dan tidak akan mengeluarkan kompaun terhadap mana-mana pihak yang menggunakan surat kebenaran lama.

“Kita beri peluang tiga hari itu selaras arahan dikeluarkan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

“Selepas tempoh itu, kita tidak berkompromi lagi dan akan mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang tiada surat berkaitan untuk menjalankan operasi dan melalui sekatan jalan raya.

“Kita harap masyarakat faham kerana penguatkuasaan lebih ketat perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari sekatan pergerakan penuh bermula hari ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan baharu daripada MITI.

Acryl Sani berkata, surat kebenaran pergerakan dikeluarkan MITI ketika PKP sebelum ini tidak boleh diguna pakai lagi dan mereka perlu membuat permohonan baharu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here