Tiada pemotongan bekalan elektrik sepanjang tempoh PKP penuh

0
1
PUTRAJAYA, 21 Dis -- Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan tiada pemotongan bekalan elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Sabah hingga 31 Mac depan ketika sidang media di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli hari ini. Pengguna yang mempunyai tunggakan kurang daripada enam bulan tidak akan dipotong sepanjang tempoh 1 Jan hingga 31 Mac 2021. Kategori pengguna ini akan diberi kemudahan untuk membuat pembayaran secara ansuran selama enam bulan mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2021. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KEMENTERIAN Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) memberi jaminan tiada pemotongan bekalan elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang sedang berkuatkuasa sehingga 14 Jun.

Perkara itu dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menerusi kenyataan hari ini.

“Kerajaan juga memutuskan bahawa tiada pemotongan bekalan elektrik di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh PKP ini,” katanya.

Sementara itu beliau berkata bagi sektor pembekalan elektrik di Semenanjung dan Sabah, aktiviti-aktiviti yang dibenarkan
untuk menjamin kelangsungan perkhidmatan bekalan elektrik adalah seperti berikut:

(i) pemulihan bekalan, pembaikan kerosakan dan pengendalian sistem bekalan elektrik;

(ii) pelaksanaan projek-projek pengukuhan sistem dan penyelenggaraan yang kritikal bagi sistem bekalan elektrik yang akan ditentukan oleh TNB dan SESB;

(iii) perkhidmatan pengguna iaitu:
a) bacaan meter dan penghantaran bil fizikal di premis pelanggan. Bagi kawasan PKPD, ia tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa;

b) operasi Kedai Tenaga di Semenanjung dari 9 pagi hingga 1 tengah hari manakala Pusat Khidmat Pelanggan di Sabah tidak akan beroperasi sepanjang tempoh PKP Fasa 1.

Urusan pembayaran bil, pertanyaan berkaitan bil dan akaun, pemotongan dan penyambungan bekalan serta aduan dan permintaan perkhidmatan lain boleh dibuat secara atas talian atau dengan menghubungi TNB CareLine (1300-88-5454 atau 15454) dan SESB CareLine (088-515000 atau 15454).

Urusan pembayaran bil juga boleh dibuat di mesin kiosk pembayaran layan diri yang beroperasi dari 8:15 pagi hingga 8:00 malam di Semenanjung dan 24 jam di Sabah; dan

c) penyambungan bekalan baharu dan pemasangan meter yang kritikal (yang akan ditentukan oleh TNB dan SESB, umpamanya kepada fasiliti kesihatan, pusat vaksin dan sebagainya). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here