SELEPAS dua hari menunjukkan penurunan, jangkitan harian Covid-19 kembali meningkat hari ini dengan merekodkan 7,105 kes baharu.
Menurut data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Selangor masih lagi menjadi negeri paling tinggi merekodkan jangkitan harian Covid-19 iaitu 2,068 kes, diikuti Kuala Lumpur (817), Sarawak (703), dan Kelantan (531).
Sebanyak 10 negeri merekodkan kes harian Covid-19 di bawah angka 500 iaitu Johor 431, Pulau Pinang (400), Negeri Sembilan (397), Perak (387), Sabah (318), Melaka (249), Kedah (236), Terengganu (198), Pahang (190), Labuan (162), dan Putrajaya (18).
Tiada kes baharu Covid-19 direkodkan Perlis dan jumlah kumulatif jangkitan di Malaysia kini 579,462. – Malaysiapost

