Vaksin Covid-19: Program trak vaksin dilaksana

0
1
PUTRAJAYA, 17 Feb -- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada sidang media yang diadakan secara maya di pejabatnya hari ini. Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas dikenali sebagai Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk menguruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Turut sama, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KERAJAAN bersetuju melaksanakan program Trak Vaksin Bergerak bagi pemberian vaksin Covid-19 di kawasan penularan di sekitar Kuala Lumpur.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berhubung perkara itu.

“Kita akan mulakan ‘pilot project’ (projek perintis) di projek perumahan rakyat (PPR) dan kawasan pembinaan yang masih beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media, hari ini.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata sebanyak 30 trak bergerak dijangka digunakan sepanjang tempoh awal tersebut, dengan pihaknya menyasarkan 100 dos pemberian vaksin sehari.

Menurutnya, kerajaan akan memutuskan kemudian sama ada program Trak Vaksin Bergerak akan diperluaskan kepada skala lebih besar.

Berhubung pemberian vaksin, Khairy berkata setakat semalam, sebanyak 2,913,009 dos telah diberikan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here