AKTOR Amerika, Joe Lara yang terkenal dengan watak ‘Tarzan’ terbunuh dalam nahas pesawat bersama isterinya dan beberapa yang lain, lapor portal The Tennessean.
Lara, 58, bintang filem Tarzan: The Epic Adventures antara tujuh yang terbunuh dalam nahas pada Sabtu lalu.
Mangsa lain termasuk isterinya, Gwen Lara, 66, dan lima lagi penumpang.
Menurut The Tennassean, pesawat Cessna C501 terhempas ke dalam tasik Percy Priest berhampiran Smyrna, sebuah bandar di Rutherford County, Tennessee di selatan Amerika Syarikat (AS) pada pagi Sabtu, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Smyrna Rutherford County.
Pesawat itu dijadual menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Florida, menurut pegawai kecemasan.
Pihak berkuasa mengesahkan semua tujuh penumpang maut.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB) telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas. – Malaysiapost

