Pertingkat ‘mass testing” pada skala radikal

0
1
Datuk Seri Mohamad Hasan

PENDEKATAN terpenting bagi mengelak senario terburuk wabak Covid-19 di Malaysia selain vaksinasi ialah ‘mass testing’ atau ujian massa yang dipertingkatkan pada skala radikal.

Perkara itu disarankan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan susulan ramalan saintifik The Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME), sebuah entiti penyelidikan kesihatan global yang bebas di University of Washington.

IHME menjangkakan pada 1 September 2021, Malaysia akan mempunyai 26,000 kematian kumulatif kerana Covid-19 dalam senario terburuk.

IHME juga meramalkan senario terburuk 420 kematian sehari menjelang 1 September dengan keperluan 4,388 ruang ICU.

“Semua data ini sangat menggerunkan dan kita mesti berazam untuk mengelak senario ini terjadi,” kata Mohamad menerusi kenyataan hari ini.

Berikutan itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata beberapa perkara mungkin boleh dipertimbangkan kerajaan.

Antaranya ialah menurunkan segera harga untuk ujian saringan PCR dan RTK Ag kerana harga saringan yang terlalu tinggi membantutkan pengawalan wabak tersebut.

“Janganlah ada pihak yang mengaut keuntungan dari musibah yang trajis ini. Pembatasan harga ujian ini akan menjadikan saringan mudah, murah dan sesuai kemampuan.

“Ini cara paling mudah untuk mengesan kes positif dan mengawal penularan. Dengan saringan, kita boleh menggalakkan lebih banyak isolasi kediri di rumah dan mendapat rawatan awal jika perlu.

“Di kebanyakan negara barat, kit ujian saringan disediakan dengan banyak dan murah serta boleh dilakukan secara kendiri. Malah dengan kemajuan teknologi, ketepatan ujian RTK Ag telah meningkat dengan sangat baik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan boleh mengembleng kepakaran pemain perniagaan terbaik Malaysia untuk meghasilkan RTK Ag kit pada harga paling murah untuk keperluan umum.

“Inilah masanya kita menggunakan sumber pelbagai sektor lain untuk memerangi wabak ini.

“Malaysia mesti menjadikan ‘testing’ sebagai suatu kebiasaan baru. Di negara seperti Jerman, kebanyakan keluarga melakukan testing kendiri dua kali seminggu.

“Malah dengan testing menjadi kebiasaan, sekolah dan universiti boleh secara perlahan dibuka. Semua pelajar boleh melakukan testing kendiri setiap hari Ahad atau Isnin sebelum memulakan persekolahan.

“Pendemik ini adalah peperangan yang mesti dimenangi oleh semua. Mengabaikan testing tidak akan membantu mengurangkan kebolehjangkitan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here