Rakyat perlu tahu tugas Jawatankuasa Khas Bebas Darurat – Putra

0
1

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa terma dan rujukan pelantikan Jawatankuasa (JK) Khas Bebas Darurat didedahkan kepada umum.

Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali, berkata rakyat perlu diberitahu secara terperinci mengenai perkara tersebut.

“Berapa kali mesyuarat diadakan sejak ia ditubuhkan sebaik darurat diisytiharkan. Apakah keputusan yang dibuat telah di persembahkan kepad Yang di-Pertuan Agong sebaik sahaja selesai setiap mesyuarat.

“Rakyat tidak tahu apakah “treshold” atau beberapa kriteria yg di tetapkan untuk penamatan darurat yang katakan sudah dibuat oleh jawatankuasa ini? Rakyat perlu tahu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ini wajib bermesyuarat sebulan sekali atau lebih setiap bulan.

“Ia kerana kerana Putra difahamkan setiap anggota JK Khas Bebas Darurat yg berjumlah 19 orang dibayar elaun tetap bulanan RM5,000 setiap orang dan RM700 setiap kali mesyuarat.

“Mungkin elaun pengurusi berbeza dan perbelanjaan urusetia JK Khas Bebas Darurat ini adalah Ahli-ahli Parlimen yang sudah menerima elaun dan gaji bulanan walaupun Parlimen tidak bersidang.

“Kos gaji dan elaun Menteri-menteri termasuk Timbalan-timbalan Menteri, yang saiznya terbesar dalam dunia, walaupun rakyat hanya 32 juta termasuk kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, rakyat berhak tahu keberkesanan dan peranan Jawatankuasa Bebas Darurat ini agar segala elaun yang dibayar tidak membazir.

“Ia wang negara yang telah banyak berhutang. Kalau dilantik di kalangan tokoh-tokoh berbagai NGO, mungkin tidak perlu di bayar apa-apapun kecuali elaun hadir mesyuarat sahaja. Sudah memadai.

“Ramai di kalangan tokoh-tokoh berintegriti dan berpengalaman dari kalangan bekas-bekas pegawai tinggi tentera, polis, penjawat awam, tokoh-tokoh akedemik yg sepatutnya berada dalam JK Bebas Darurat ini.

“Putra ingin melihat ada atau tidak anggota JK Bebas Darurat ini sanggup menolak elaun tetap bulanan untuk menjimatkan wang negara dan hanya menerima elaun hadir mesyuarat sudah memadai,” katanya.

Sehubungan itu, Putra mencadangkan Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat mengadakan sidang media selepas mesyuarat dan selepas Agong termasuk melantik jurucakap rasmi bagi membolehkan pihak media mengetahui perkembangan semasa pemantauan dan cadangan.

“Jawatan Khas bebas darurat ini biarlah bebas berurus secara langsung dengan pihak istana negara. Tiada birokrasi,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here