KERAJAAN akan membuat perincian mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh hari ini.
Pengumuman berkenaan akan dibuat Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada jam 5 petang nanti.
Beliau akan membuat pengumuman itu secara langsung di Facebook bagi memperincikan mengenai sektor ekonomi dan perkhidmatan yang boleh dibuka ketika pelaksanaan lockdown fasa pertama ini.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
Sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Keputusan itu dibuat dalam sidang khas MKN Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes, ketika itu. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/28/kerajaan-umum-total-lockdown-mulai-1-hingga-14-jun/

