‘Harussani orang lama, ilmuan yang amat disegani’ – Menteri Agama

0
1

ALLAHYARHAM Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria disifatkan sebagai ‘orang lama’ dan ilmuan yang amat disegani, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli memaklumkan menerima berita pemergian Harussani sebentar tadi dan turut mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan berkenaan.

“Moga keluarganya tabah dan sabar menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi Facebook.

Dr Zulkifli turut berkongsikan sekeping gambar bersama Allahyarham yang dirakam ketika bertemu Harussani tiga tahun lalu.

“Ini gambar kenangan yang masih saya simpan, ziarah terakhir sekitar tiga tahun lalu.

“Setiap kali ke Perak, saya akan usahakan untuk mengunjungi beliau. Memohon doa dan restu “orang lama” yang juga ilmuan yang amat disegani.

“Moga Allah SWT tempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh, disisi-Nya. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham yang berusia 82 tahun dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak sebentar tadi.

Pada 19 Mei lalu, Harussani dan isterinya disahkan positif Covid-19, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi ( ICU) di HRPB. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/30/mufti-perak-meninggal-dunia/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here