Hanya 17 perkhidmatan dibenarkan beroperasi sepanjang lockdown

0
1

KERAJAAN mengumumkan 17 sektor kategori perlu dibenar beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown yang perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua aktiviti sosial dan ekonomi yang tidak termasuk dalam 17 kategori berkenaan adalah dilarang sepanjang penguatkuasaan PKP bermula Selasa hingga 14 Jun.

Sektor kategori perlu dibenar beroperasi adalah seperti berikut:

  1. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
  2. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
  3. Air
  4. Tenaga
  5. Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
  6. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
  7. Pengangkutan melalui darat, air atau udara
  8. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
  9. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
  10. Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
  11. Kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-rahnu)
  12. E-dagang dan teknologi maklumat
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
  14. Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)
  15. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
  16. Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
  17. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here