SEMUA sektor ekonomi berkaitan perkhidmatan perlu atau essential services boleh beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan tempoh operasi tersebut berkuat kuasa untuk semua perkhidmatan perlu kecuali beberapa premis lain.
Antara perkhidmatan dan premis yang beroperasi selain daripada waktu di atas adalah :
o Pasar harian : 6 pagi hingga 2 petang
o Pasar Segar Terkawal (PST) : 7 pagi sehingga 12 tengah hari
o Pasar Tani Kekal (PTK), MyFarm Outlet (MFO) dan Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) : 6 pagi hingga 4 petang
o Pasar borong : 12.01 pagi sehingga 6 pagi dan 11 pagi sehingga 4 petang
o Stesen minyak : 6 pagi hingga 8 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi sehingga 24 jam – Malaysiapost

