Pengangkutan awam boleh beroperasi dengan 50 peratus kapasiti kenderaan

0
1

KERAJAAN mengumumkan perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan perintah berkurung sepenuhnya yang bermula 1 hingga 14 Jun depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengangkutan awam dibenarkan adalah pengangkutan pekerja, bas henti-henti, bas ekspres, Aliran Transit Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), Monorel feri dan lain-lain pengangkutan awam.

Beliau berkata, pengangkutan awam tersebut hanya dibenarkan beroperasi berdasarkan 50 peratus kapasiti kenderaan (waktu operasi dan frekuensi tertakluk kepada Kementerian Pengangkutan) kecuali pesawat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here