Tol Gombak sesak: Sebahagian besar ada surat kebenaran perjalanan – polis

0
1

POLIS mengesahkan sebahagian besar pengguna jalan raya mempunyai surat kebenaran sah sebelum dibenarkan melepasi sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kebanyakan mereka mempunyai surat kebenaran atas urusan kerja yang disahkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), selain kebenaran polis.

“Ada yang mempunyai kebenaran atas faktor kecemasan dan perubatan serta Pasangan Jarak Jauh (PJJ),” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas memeriksa sendiri sebahagian besar pengguna jalan raya di Plaza Tol Gombak, tengah hari tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata, seramai 14 pemilik kenderaan diarah berpatah balik selepas memberikan alasan tidak munasabah, selain mengemukakan dokumen tidak lengkap dan meragukan.

“Ada antara 14 pemandu yang diarah berpatah balik itu membawa rakan tanpa dokumen perjalanan rentas negeri sedangkan surat kebenaran menyatakan faktor PJJ untuk pemegang surat bertemu isterinya di Pahang,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Mengulas kesesakan di laluan berkenaan, Arifai berkata, ia mungkin berlaku atas faktor ramai memilih untuk melakukan pergerakan ke Pantai Timur antara jam 9 pagi hingga 10 pagi.

Katanya, polis membuat pemeriksaan terperinci bagi mengelak orang ramai mengambil kesempatan melakukan pergerakan rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran.

Terdahulu, berbaki dua hari menjelang ‘total lockdown’, aliran trafik Tol Gombak dan Tol Sungai Besi dilaporkan sesak hari ini.

Trafik didapati sesak di kedua-dua tol menghala ke pantai timur dan selatan tanah air yang dirakam sekitar jam 10 pagi tadi.

Gambar aliran trafik itu tular di Facebook sehingga mendatangkan kemarahan dan kecaman oleh netizen. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/29/frontliner-penat-pergerakan-besar-besaran-masih-berlaku-dr-noor-hisham/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here