Mohon perkenan Agong tamat proklamasi darurat

0
1

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan sekali lagi merayu Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu untuk menamatkan proklamasi darurat.

Ketuanya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata proklamasi darurat harus ditamatkan dengan kadar segara agar Parlimen dapat dibuka semula untuk proses semak dan imbang.

“Percambahan pemikiran serta semak-imbang di dalam Dewan Rakyat berdasarkan amalan demokrasi harus dihidupkan segera.

“Sesungguhnya, segala kerosakan negara dan apa yang sedang berlaku masa kini adalah disebabkan Parlimen ditutup,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyalahgunakan kuasa dan tidak menguruskan pentadbiran negara dengan telus.

“Sebab itulah Jawatankuasa Merayu Penamatan Darurat sentiasa bersabar selama beberapa bulan untuk mendapatkan tarikh perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembahkan segala butiran penderitaan rakyat di saat yang paling mencabar.

“Tarikh perkenan dari Yang di-Pertuan Agong amat penting kerana keseluruhan rakyat sedang menunggu dengan penuh kesabaran agar segala permasalahan akan dapat dimaklumkan secara terperinci kepada Tuanku,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here