Doakan semoga ada sinar untuk semua – Ismail Sabri

0
1

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau sudah membawa cadangan kepada kepimpinan kerajaan mengenai langkah selanjutnya yang perlu diambil susulan kes jangkitan baharu Covid-19 melepasi angka 8,000 hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata beliau mengambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini.

“Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah, tapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.

“Saya dah bawa cadangan ini ke atas, doakan semoga ada sinar untuk semua,” luahnya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Hari ini Malaysia mencatatkan rekod tertinggi jangkitan harian Covid-19 apabila mencatatkan 8,290 kes.

Jumlah itu juga menunjukkan peningkatan kes berturut-turut sejak 25 Mei lalu sekali gus menjadikan kes kumulatif Covid-19 di Malaysia kini adalah 549,514 kes.

Malaysia kini dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa sehingga 7 Jun, namun pelbagai pihak mahu supaya kerajaan melaksanakan PKP penuh seperti PKP 1.0 pada Mac tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here