Benarkan klinik, hospital swasta suntik vaksin Covid-19 – Khir Toyo

0
1

KERAJAAN tidak perlu memaksa rakyat untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) yang ditubuhkan, kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya kerajaan membenarkan semua klinik dan hospital swasta turut sama menyuntik vaksin di premis masing masing.

“Soal bayaran itu boleh dirunding dengan pengamal perubatan swasta tersebut dan di sini sebaiknya kerajaan negeri memberi bantuan dengan menanggung kos suntikan tersebut.

“Semua pengamal perubatan swasta di negara ini terdiri dari para doktor yang berkelayakan dan terlatih,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Dr Mohamad Khir berkata beliau menjangka kerajaan akan dapat berjimat jika usaha itu dilakukan dengan segera dan rakyat tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

“Menggunakan kemudahan dan kepakaran sedia itu lebih mudah dan efektif dari kaedah sekarang,” katanya lagi.

Ketika ini kerajaan meningkatkan usaha menggalakkan rakyat mengambil vaksin, susulan terdapat laporan ribuan penerima vaksin Covid-19 tidak hadir janji temu untuk diberikan suntikan. – Malaysiapost

Foto Kredit: Amirul Syafiq/The Sun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here