Mat Sabu desak Muhyiddin letak jawatan, serah semula mandat rakyat

0
1

SILA letak jawatan dan serah semula mandat, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal mengurus negara dalam mengekang pandemik Covid-19.

“Sekarang rakyat sedang menanggung penderitaan akibat buka tutup buka tutup ketika ini, lockdown yang tidak diselaras, tetapi kita semuanya perlahan (pemberian vaksin) di atas banyak birokrasi,” katanya dalam sidang video khas di Facebook, hari ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Raja yang mesra dipanggil Mat Sabu itu menyelar tindakan kerajaan yang terus menggantung Parlimen di saat negara sedang menghadapi ancaman hebat Covid-19 ketika ini.

“Minggu ini bekas Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak mempertikaikan hutang negara terlalu banyak…. dijawab oleh Menteri Kewangan melalui media sosial.

“Ke mana pergi Parlimen kita? Sepatutnya perkara yang begini besar didebatkan di dalam Parlimen. Tapi Parlimen ditutup. Barangkali berlumut sekarang Parlimen itu.

“Kita lihat bila Corona Virus meningkat begitu dahsyat di United Kindom, Parlimen terus bersidang. Perdana Menterinya menjawab persoalan, setiap kritikan apa yang berlaku di United Kindom. Begitu juga negara-negara yang lain. Tetapi di Malaysia ini Parlimen digantung.

“Oleh itu berlakulah pendebatan menteri dan pembangkang di media sosial atau menteri sesama dalam PN di media sosial. Jawapan dalam media sosial, Parlimen seolah-olah tidak berguna lagi,” katanya.

Mohamad juga berkata, kepincangan yang berlaku dalam kerajaan sekarang harus ditangani dengan peletakkan jawatan oleh seluruh anggota Kabinet.

“Sepatutnya semua anggota Kabinet kena bertanggungjawab di atas kepincangan yang berlaku ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here