Landasan kereta api bukan tempat bergambar, berjoget – KTMB

0
1

ORANG ramai diingatkan supaya tidak menceroboh kawasan landasan kereta api hanya semata-mata kerana merakam video untuk aplikasi TikTok atau untuk bergambar.

Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu hantaran di Facebook hari ini, meminta orang ramai tidak melakukan perkara terbabit kerana ia boleh membahayakan nyawa.

“Ceroboh landasan kereta api semata-mata nak ‘bertiktok’ atau Ootd (bergambar).

“Tolong fikirkan sekali lagi ya, hargai nyawa anda dengan tidak melakukan perkara berkenaan.

“Landasan kereta api bukan tempat untuk berjoget dan bergambar ya!,” pesan KTMB.

KTMB turut berkongsi gambar mengenai pencerobohan landasan kereta api yang dimuatnaik di laman Facebook Senok Perot yang mendakwa ia berlaku di beberapa kawasan di Kelantan termasuk Pasir Mas, Jambatan Guillemard, Tanah Merah dan beberapa jambatan besi lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here