Anjur majlis raya di UPM, 3 profesor dikompaun

0
1

TIGA profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM) masing-masing dikompaun RM2,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan jamuan raya di asrama pelajar di kampus itu di Serdang, baru-baru ini.

Dua daripadanya adalah profesor berjawatan Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan TNC Akademik dan Pengantarabangsaan yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor universiti.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya sudah menyelesaikan siasatan dan mengemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum diputuskan untuk RM2,000 dikeluarkan setiap seorang.

Pada 16 Mei lalu, polis membuka kertas siasatan selepas tular dakwaan Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi melanggar SOP dan mengadakan majlis raya.

Program itu dilapor diadakan di Kolej Kediaman ke-13 UPM pada 13 Mei lalu yang melibatkan kehadiran mahasiswa dan pihak pengurusan UPM.

Program tersebut dianjurkan sempena penyampaian sumbangan agihan juadah raya kepada mahasiswa yang memilih tinggal di kampus dan juga jamuan hari raya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here