Kes harian Covid-19 hampiri angka 8,000

0
1

KES harian Covid-19 semakin menggusarkan orang ramai apabila hari ini catatan kes jangkitan baharu menghampiri angka 8,000.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah 7,857 iaitu tertinggi sejak wabak itu melanda negara.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dicatatkan di Malaysia kini sebanyak 541,224.

Selangor masih merekodkan kes tertinggi apabila mencatatkan 2,675 kes berbanding 2,455 pada semalam.

Ia diikuti Kuala Lumpur (561), Sarawak (772), Johor (549), Kelantan (754), Kedah (441), Pulau Pinang (365), Negeri Sembilan (353).

Perak (228), Melaka (234), Sabah (217), Pahang (238) Terengganu (282), Labuan (170), Putrajaya (12), Perlis (6). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here