MALAYSIA hari ini mencatatkan 63 kematian baharu akibat Covid-19, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini 2,432.
Kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 hari ini terus meningkat naik, berbanding semalam sebanyak 60 dan kelmarin 61 kes.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata, kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 756 dan pesakit memerlukan bantuan alatan pernafasan 377 kes.
Hari ini, Malaysia mencatatkan 4,665 kes sembuh baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 464,727 kes. – Malaysiapost

