Khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan

0
1
Datuk Seri Tajuddin

KHIDMAT Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ditamatkan serta-merta.

Jurucakap media Kementerian Kewangan mengesahkan perkara itu selepas surat bagi memaklumkan penamatan kontrak Ahli Parlimen Pasir Salak terbabit tular di media sosial lewat petang tadi.

Surat bertarikh 26 Mei 2021 itu ditandatangani Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Bagaimanapun tidak dinyatakan alasan serta sebab kontrak Tajuddin ditamatkan.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan (Diperbadankan) telah bersetuju agar perkhidmatan YB Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana ditamatkan berkuatkuasa serta-merta,” kata surat itu.

Tajuddin dikritik hebat sejak semalam selepas didakwa tidak serius dan berjenaka semasa sidang media berhubung kemalangan tren LRT Kelana Jaya di Stesen KLCC.

Beliau turut disiasat polis kerana tidak memakai pelitup muka ketika membuat tinjauan di lokasi kejadian dan semasa sidang media.

Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Prasarana berkuatkuasa 11 Mei 2020 menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletak jawatan pada 7 Mei 2020. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here