KERAJAAN hari ini memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti berikutan terdapat peningkatan kes Covid-19 hasil saringan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu untuk mengawal pergerakan penduduk di semua kawasan, seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti lain.
Pelaksanaan PKPD tersebut bermula dari 28 Mei sehingga 10 Jun.
Berikut adalah senarai lokaliti terbabit:
- Mukim Parit Buntar, Kerian, Perak
- Taman Dato’ Tengku Paris dan Felda Tersang 1,2 & 3, Mukim Batu Talam, Raub Pahang
- Dua pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur (Pangsapuri Permai (semua blok); (Pangsapuri Sri Penara (BLOK C & D)
- Taman Dato’ Tengku Paris dan Felda Tersang 1,2 & 3, Mukim Batu Talam, Raub Pahang
- Mukim Perak dan Mukim Bangau, Temerloh, Pahang
- Empat perkampungan dalam daerah Kunak, Sabah (Kampung Kabog) (Kampung Kabog Baru) (Kampung Kunak Darat) (Kampung Kunak 3)
- Kampung Pirasan Ulu, Kota Belud, Sabah
- Tiga daerah Tawau, Sabah (Kampung Sungai Pukul, Pulau Sebatik) (Taman Desa Ranggu) (Taman Sawit Balung). – MalaysiaPost

