Insiden LRT: Orang ramai diminta tidak buat rumusan sendiri

0
1

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meminta orang ramai tidak membuat rumusan sendiri berhubung insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya bertembung berdekatan Stesen LRT KLCC, malam tadi.

Beliau berkata, perkara itu penting bagi memastikan ia tidak mengganggu siasatan pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan.

“Orang ramai adalah di minta tidak membuat rumusan sendiri tentang punca kemalangan LRT malam tadi supaya tidak mengganggu penyiasatan yang sedang dilakukan pihak berwajib, khususnya PDRM dan Prasarana.

“Segala usaha sedang di buat oleh Prasarana untuk memastikan perkhidmatan LRT pulih,” ciapnya di Twitter.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kesemua mangsa kemalangan diberi rawatan menyeluruh.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan syarikat Prasarana, sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan, untuk segera menyiasat insiden kemalangan itu dan mengemukakan laporan terperinci.

Dalam insiden malam tadi, seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren LRT bertembung dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC.

Siasatan awal mendapati, tren tersebut bertembung dengan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji secara kawalan manual tanpa diselaras dengan pusat kawalan.

Kejadian jam 9.15 malam itu melibatkan tren bernombor 40 dan 81. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here