Insiden LRT: Prasarana diarah sedia laporan terperinci

0
1

KERAJAAN akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kesemua mangsa kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang bertembung malam tadi diberi rawatan menyeluruh.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata pihaknya juga sudah mengarahkan syarikat Prasarana Nasional Berhad (Prasarana), sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan, untuk segera menyiasat insiden kemalangan itu dan mengemukakan laporan terperinci.

Menurutnya, laporan itu bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan agar insiden terbabit tidak berulang pada masa hadapan.

“Saya amat terkejut dan dukacita mendengar berita mengenai kemalangan yang melibatkan tren LRT berhampiran stesen Kampung Baru malam tadi.

“Terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus dalam kerja-kerja membantu dan menyelamatkan mangsa kemalangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan sudah berhubung dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, bagi tindakan susulan untuk mengenalpasti punca kemalangan itu.

Dalam insiden malam tadi, seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren LRT bertembung dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC.

Siasatan awal mendapati, tren tersebut bertembung dengan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji secara kawalan manual tanpa diselaras dengan pusat kawalan.

Kejadian jam 9.15 malam itu melibatkan tren bernombor 40 dan 81. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/25/insiden-tren-lrt-mot-tubuh-jawatankuasa-siasatan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here