Rekod baru! 61 kematian baharu hari ini

0
1

SEBANYAK 61 kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan hari ini, iaitu tertinggi di Malaysia sejak wabak itu melanda. 

Sebelum ini, jumlah kematian tertinggi dicatatkan pada Khamis lalu iaitu 59, diikuti masing-masing 50 kes pada Jumaat dan Sabtu serta 43 kes pada semalam. 

Jumlah keseluruhan kematian dalam negara kini meningkat kepada 2,309 kes, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Sebanyak 3,452 kes sembuh baharu dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 456,273 kes atau 87.98 peratus. 

Hari ini Malaysia mencatatkan 6,509 kes baharu dengan jumlah kumulatif terus meningkat kepada 518,600 manakala kes aktif ialah 60,018 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here