PKPD sebulan di 5 sub-zon Labuan

0
1

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan lima sub-zon dalam Wilayah Persekutuan Labuan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama sebulan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di lima sub-zon tersebut.

Beliau berkata semua lima sub-zon tersebut kini berstatus jingga dan merah.

“KKM turut mengesahkan kadar kebolehjangkitan bagi Labuan pada 23 Mei 2021 adalah 2.55 iaitu melebihi 2.00 yang berkemungkinan akan berlaku jangkitan dengan skala lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PKPD di lima sub-zon dalam Wilayah Persekutuan Labuan bermula 26 Mei sehingga 24 Jun 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here