Isu Nilai di Selangor: N9 Radar selesai beri keterangan kepada polis

0
1
{"uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1621853694109","source":"other","origin":"unknown"}

PEMILIK akaun Facebook N9 Radar selesai memberi keterangan selama sejam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai kira-kira jam 3 petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman menjelaskan pemilik Facebook itu adalah lelaki berusia 20-an yang disiasat berkaitan satu hantatan di Facebook yang didakwa mencetuskan kegentaran awam, lapor Malaysiagazette.  

Semalam, polis meminta pemilik akaun Facebook tersebut tampil memberi keterangan mengenai hantaran di media sosial yang didakwa mencetuskan kekeliruan kepada orang awam. 

Hantaran tersebut menyindir kononnya Nilai 3 terletak di Selangor susulan selebriti sensasi Neelofa dan suaminya tidak didakwa di mahkamah atas kesalahan merentas negeri untuk membeli karpet tempoh hari.  

Siasatan mengenai hantaran itu diklasifikasi di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian perkhidmatan. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here