Kes harian baharu di Labuan meningkat mendadak

0
1
Siti Jumaih Abdul Razak, 38 memegang anaknya, Sheikh Adeeb Aiman Sheikh Salahuddin, 3 yang menangis ketika menjalani ujian saringan Covid-19 di Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

KES harian baharu Covid-19 sedikit menurun hari ini dengan mencatatkan 6,509 kes berbanding 6,976 kes semalam.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook, Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,049 kes.

Ini diikuti Sarawak dengan 530 kes, Johor dan Kuala Lumpur merekodkan jumlah kes baharu yang sama iaitu 468 kes, manakala Kelantan 451 kes.

Pulau Pinang mencatatkan 384 kes, Kedah (348 kes), Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing (329 kes), manakala Terengganu (263 kes).

Pahang pula merekodkan jumlah 257 kes, Perak (231 kes) dan Sabah (184 kes).

Wilayah Persekutuan Labuan menunjukkan peningkatan kes baharu harian ketara dengan 171 kes dilaporkan hari ini berbanding 37 kes semalam.

Sementara itu, Putrajaya merekodkan 40 kes dan Perlis sebanyak tujuh kes baharu Covid-19 dilaporkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here