Pemuda 21 tahun korban pertama banjir di Sabah

0
1

SEORANG lelaki berusia 21 tahun menjadi mangsa banjir pertama di pedalaman Sabah apabila ditemui lemas di Kampung Mantao, Beaufort, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Fairol Jisirun dilaporkan tergelincir ke kawasan dalam dan tenggelam semasa menolak perahu yang dinaiki bapa dan kakak ipar mangsa.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa hendak pulang setelah selesai membantu mengemas barang di premis sarang burung milik abang abang mangsa, lapor RTM.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusof Zaki Yaacob mengesahkan kejadian tersebut.

Terdahulu, jumlah mangsa banjir di Tenom dan Beaufort meningkat kepada 4,832 orang, setakat jam 8 pagi hari ini, berbanding 4,792 mangsa petang semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, mangsa ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Tenom masih menjadi daerah paling ramai mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS ketika ini dengan 4,221 mangsa.

“Daerah Beaufort pula mencatatkan 611 penduduk dipindahkan ke PPS,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here