Nilai 3 jadi wilayah Selangor, gurau netizen di media sosial

0
1

BANDAR Nilai 3 menjadi gurauan netizen di media sosial gara-gara pasangan selebriti sensasi Neelofa dan Haris Ismail yang masih tidak didakwa atas kesalahan merentas negeri.

Perkara tersebut hangat diperdebatkan netizen dalam media sosial sejak semalam, dan telah menjadi sarkastik, kononnya ianya bukan menjadi kesalahan merentas negeri kerana Nilai 3 berada dalam Selangor.

Rata-rata membuat andaian Nilai 3 yang sememangnya terletak dalam Negeri Sembilan kini bertukar milik kepada Selangor kerana polis tidak mendakwa Neelofa dan Haris yang merentas negeri ke sana untuk membeli karpet.

“Sekarang ini Nilai 3 menjadi rebutan Negeri Sembilan dan Selangor, siapa yang layak?

“Kerana Neelofa, Nilai 3 sudah bertukar negeri. Luaskan jajahan mu!,” seloroh seorang netizen dalam Twitter.

“Kalau Israel mengambil Palestin, Neelofa pula mengecil wilayah Negeri Sembilan,” gurau netizen di Facebook.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil turut memuat naik sekeping poster yang meletakkan lokasi Nilai 3 dalam kawasan negeri Selangor.

“Oooo bertambah dah jajahan negeri Selangor kita. Tahniahlah,” katanya di Facebook.

Pada 20 Mei lalu, Neelofa dan Haris telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, mengaku tidak bersalah dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Jun ini.

Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz didakwa atas dua pertuduhan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di kedai Naeem Carpet, Kawasan Perindustrian Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Neelofa pula didakwa tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, kertas siasatan berhubung dakwaan rentas negeri terhadap pasangan sensasi itu telah diserah kepada Jabatan Peguam Negara semalam untuk tindakan lanjut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here