Umno lancar Tabung Muafakat Palestin

0
1

UMNO semalam melancarkan Tabung Muafakat Palestin dalam membantu perjuangan rakyat negara itu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan parti itu bersetuju untuk tabung berkenaan ditubuhkan.

“Nama muafakat dipilih sebagai melambangkan muafakat ahli Umno dan rakyat Malaysia untuk membantu permuafakatan perjuangan Palestin yang berpanjangan berhadapan penjajahan dan kezaliman rejim Israel.

“Presiden Umno menyebut “Bersamalah kita menderma untuk perjuangan, kebajikan, pendidikan, pembangunan dan permuafakatan rakyat Palestin”.

“Jika tidak banyak, maka berdermalah seberapa ikhlas yang anda mampu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad berkata pada tahun 2019 Umno sudah melancarkan tabung untuk dana aktivitinya termasuklah boleh digunakan bagi bantuan mangsa banjir, bencana, kini memerangi Covid-19 dan seumpamanya.

Katanya, dana itu ialah UMNO – Tabung Perjuangan 8603257266 (CIMB Islamic Account).

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209182548676868&id=1714941531

“Terima kasih atas segala sumbangan anda. Tabung Muafakat Palestin ini dikendalikan oleh Ibu Pejabat Umno Malaysia dan kami bertanggungjawab untuk menyampaikan derma berkenaan untuk manfaat rakyat Palestin,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akaun Umno – Tabung Muafakat Palestin itu ialah 8604750523 (CIMB Islamic Account). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here